" "
Buletin

TOYOTA KURANG PRODUKSI GLOBAL BERMULA BULAN DEPAN

Toyota mengumumkan akan mengurangkan produksi global sebanyak 40 peratus bermula pada bulan September berikutan kekurangan bekalan semikonduktor.

Syarikat pengeluar Jepun itu, dilaporkan akan mengurangkan pembuatan kenderaan baharu kepada 540,000 unit untuk September ini berbanding sasaran awal sekitar 900,000 unit.

Toyota dalam kenyataan menjelaskan operasi 27 barisan pengeluaran di 14 kilang seluruh dunia akan dihentikan sementara September ini.

Pengeluar itu ketika ini memiliki 14 kilang dan 28 barisan pengeluaran yang mana satu-satunya barisan pengeluaran aktif ialah kilang San Antonio, Texas, Amerika Syarikat dengan meneruskan pembuatan trak pikap model Tacoma dan Tundra.

Pengeluar automotif itu memiliki simpanan stok cip yang agak besar bagi menampung operasi sehingga hari ini.

Bagaimanapun, langkah yang diambil Toyota memberi gambaran situasi pandemik berlarutan sudah mula memberi kesan terutama dengan kekurangan bekalan cip.

Bahkan, hampir semua pengeluar automotif di dunia terjejas akibat kekurangan bekalan cip dan kemungkinan besar ia akan mengambil masa lebih lama untuk mengatasi masalah tersebut. – thedrive

 

Google ads
Back to top button