Buletin

AIRASIA BELI PERNIAGAAN GOJEK DI THAILAND RM208 JUTA

AirAsia dilapor akan mengambil alih perniagaan Gojek di Thailand menerusi pertukaran saham. Perkembangan itu akan menyaksikan Gojek menguasai 4.76 peratus saham dalam perniagaan ‘superapp’ AirAsia. 

Menurut notis kepada bursa Thailand, perniagaan superapp AirAsia dianggarkan bernilai sekitar AS$1 bilion (RM4.6 bilion). Sementara perniagaan Gojek di Thailand bernilai AS$50 juta (RM208 juta).     

Perjanjian tersebut menunjukkan kesungguhan AirAsia untuk menyertai perniagaan ride-hailing, penghantaran dan pembayaran dalam talian di pasaran Asia Tenggara. 

“Dengan mengambil alih perniagaan Gojek di Thailand, kami mampu mempercepatkan pertumbuhan dalam bidang ini dan menjadi pencabar utama superapp di ASEAN,” keta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. AirAsia berharap dapat mula mengendalikan aplikasinya pada Ogos. 

Situasi terbaharu itu membolehkan Gojek untuk meningkatkan pelaburannya di Vietnam dan Singapura. 

AirAsia Digital kini dudahpun mempunyai perniagaan dalam penghantaran makanan, perkhidmatan kurier, plkat e-dagang dan pembayara. Namun, ia masih belum ada perkhidmatan ride-hailing berbanding pesaingnya yang lain. 

Google ads
Back to top button