Motosikal

SAYA TIDAK BOLEH BERNAFAS SELAMA 5 SAAT – MARQUEZ

Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez memberitahu dia tidak dapat bernafas selama lima saat selepas jatuh dalam keadaan ‘menakutkan’ sewaktu sesi latihan di litar Buriram, Thailand semalam. 

Marquez yang berada dalam kedudukan selesa untuk merangkul kejuaraan dunia kali kelapan esok mengalami insiden itu di selekoh 7 ketika sesi latihan pertama yang berlangsung selama 45 minit.

Marquez kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran untuk memeriksa bahagian belakang dan kakinya. 

Dia kemudian disahkan cergas untuk meneruskan perlumbaan dan kembali ke litar untuk sesi latihan bebas kedua (FP2) dan berjaya berada di tempat keenam. Walaupun seluruh tubuhnya sakit, dia pantas untuk pulih dan apa yang menjadi kebimbangan utamanya adalah tidak boleh bernafas selepas kemalangan tersebut. 

“Saya tidak boleh bernafas dalam lima saat. Sebab itu saya melutut di atas jalan. Ia mungkin lima saat, tetapi saya rasa seperti 20 saat. Ia memang satu impak yang kuat dan sedikit demi sedikit, saya saya semakin baik. Apabila sampai di hospital, saya dan okey sebenarnya. 

“Kemudian saya saya baru faham yang doktor cuba untuk menangani situasi ini sebaik mungkin. Mereka mula membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan kami ke hospital. Tetapi apa yang paling penting, saya okey,” jelas Marquez. 

Dia menjelaskan bahawa antara sebab kemalangan itu berlaku adalah kerana brek enjin mengunci roda belakang apabila dia melepaskan pendikit sepenuhnya ketika mengambil selekoh 7, sesuatu yang jarang dilakukannya. 

Pengurus pasukan Repsol Honda, Alberto Puig berpendapat kemalangan itu berlaku kerana pelumba itu tidak berada dalam garisan perlumbaan yang betul.

“Nampak seperti kawasan itu sedikit kotor dan tayar ada habuk. Itu satu kemungkinan kerana dia tidak laju dan tayar berada pada suhu yang optimal,” kata Puig. 

kredit foto: motogp.com

Google ads
Back to top button