Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – PERODUA RUSA TANYA APA KHABAR

Lama dahulu di era pemerintahan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri, wujudnya sebuah van tempatan yang cukup laku dan popular, Perodua Rusa nama diberi. Selaku model kedua keluaran Perodua, sudah tentulah si Rusa ini amat dinantikan kehadirannya di kala itu. Kini setelah lebih 20 tahun, entah apalah khabar Perodua Rusa ini.

BACA : RIWAYAT AKU SEBAGAI SEBUAH PROTON JUARA

BACA : SEMBANG SANTAI : APA KHABAR SI PERODUA ALZA

BK : Apa khabar Rusa? Aku tengok kau ni lemah tak bermaya aja. Teruk bebenor puasa kau hari ni?

Rusa : Eh Brader Karrager. Ingatkan siapa tadi. Pagi tadi tak sempat sahurlah Brader. Tu yang lemau aja rasa ni. Lupa nak kunci jam lah..

BK : Dah tu, boleh ke tidak aku nak sembang sembang dengan kau ni?

Rusa : Eh nak sembang apa salahnya. Boleh juga buat hilang mengantuk ni.

BK : Hmm.. Rusa Rusa. Apa pasal nama kau ni Rusa? Cuba kau story sikit?

Rusa : Entahlah Brader. Subjektif sangat nak jawab soalan ni. Tapi itulah. Perodua waktu tu memang tengah into dengan nama binatang ni. Mujur juga Perodua tak bubuh nama Perodua Tenuk ataupun Tapir.

BK : Tapi kalau nama Perodua Tapir tu macam catchy juga kan?

Rusa : Ah sudah Brader. Jangan nak nganjing lebih-lebih pula. Puasa ke tak ni?

BK : Ok ok. Sorry. Sensitif juga kau ni rupanya ya. Sekarang ni cuba kongsikan sedikit tentang asal usul kau ni macam mana?

Rusa : Saya ni sebetulnya diinspirasikan daripada model Daihatsu Hijet Max dan juga Daihatsu Zebra yang terlebih dahulu dijual di pasaran Indonesia. Masa mula keluar dahulu, saya ni lebih sesuai untuk dibeli oleh golongan peniaga. Enjin pun 1.3 sahaja. Namun ketika pelancaran varian 1.6 pada tahun 1997, barulah kerusi penumpang 7 tempat duduk diperkenalkan. Kira tengah menaik betullah masa tu. Ramai juga yang teruja nak pakai Van jenama tempatan. Maklumkah, harga pun kira masih mampu milik lagi waktu tu banding jenama luar. Pintu jenis menggelongsor menggunakan kuasa tangan kiri kanan pun ada.

BK : Iya tak dapat dinafikan, ketika itu engkau memang popular. Pakcik aku pun pernah beli sebiji. Tapi itulah. Handling van van ini biasanya serupa kayak. Kalau tak percaya, kau cubalah turun Genting. Bawa 60km/j pun dah berdiri bulu roma seriau tahu tak?

Rusa : Alah Brader ni. Standard la tu. Dah nama pun van. Slow slow sudahlah. Biasanya yang pandu van ni bangsa yang takut gaung dan selekoh. Lainlah kalau pandu sedan Brader.

BK : Iyalah, aku ni saja suka nak menyakat engkau. Janganlah ambil hati sangat ya! Tapi ada satu benda yang aku boleh puji tentang kau Rusa.

Rusa : Hah! Apa? Apa?

BK : Pada pengamatan akulah kan, kehadiran engkau sebagai trendsetter sebagai kenderaan tempatan yang mampu membawa lebih penumpang dan muatan patut dipuji. Selepas kehadiran engkau, barulah orang mula kenal apa itu MPV. Adik engkau si Perodua Alza itu pun boleh tahan ramai juga yang suka.

Rusa : Tapi kan sebenarnya jauh di lubuk hati saya, sedih juga sebenarnya. Sekarang ini orang dah kurang berminat dengan rekabentuk van ini. Kena terima jugalah hakikat yang era van ini dah berlalu untuk kenderaan penumpang di tempat kita.

BK : Iyalah kan Rusa. Hm, ni terlanjur dah sembang ni nak lah juga aku tanya persiapan Raya engkau tahun ini macam mana?

Rusa : Biasa-biasa aja lah Brader. Tak adalah meriah sangat. Beli kurta sehelai buat sembahyang pagi Raya cukuplah. Biskut Raya pun malam Raya nanti baru saya turun Jalan TAR. Beli borong 3 RM10 kira orait-lah kan.

BK : Ok lah Rusa, nanti kalau buat Open House jangan lupa jemput ya!

Google ads

B K

Back to top button