Motosikal

YAMAHA DEDAH SKUTER HYBRID FASCINO 125 DI PASARAN INDIA

Yamaha Motor India memperkenalkan skuter terbaharu Fascino 125 Hybrid yang didatangkan teknologi Smart Motor Generator (SMG).

Fascino 125 Hybrid menawarkan dua varian kepada para pembeli iaitu disc dan drum.

Varian disc didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu merah (Vivid Red Special), hitam (Matt Black Special) dan biru (Cool Blue Metallic).

Bagi drum pula, ia turut didatangkan tiga pilihan warna baharu merah (Vivid Red Special), biru (Cool Blue Metallc)  dan kuning (Yellow Cocktail).

Fascino 125 Hybrid didatangkan sistem pencahayaan LED penuh untuk lampu hadapan dan lampu belakang serta bar lampu siang (DRL) horizontal di tengah lampu depan.

Skuter dengan berat 99 kg itu dilengkapi ruang simpanan berkapasiti ruang simpanan 21 liter dan sensor pemati enjin jika tongkat sisi belum dinaikkan.

Fascino 125 Hybrid mendapat khidmat enjin enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan udara dengan teknologi BlueCore Hybrid dan generator pintar SMG.

Ia mampu menjana kuasa mencecah 8.2hp @ 6,500rpm dan tork 10.3Nm @ 5,500rpm.

Menurut pengeluar Jepun itu, SMG akan bertindak sebagai motor elektrik yang memberi bantuan kuasa apabila memecut selepas skuter tersebut berhenti.

Dalam pada itu, apabila enjin skuter rev melebihi tahap ditetapkan atau kira-kira 3 saat, fungsi bantuan kuasa tersebut akan terhenti.

Dari segi sistem suspensi, ia hadir dengan fork teleskopik di depan manakala absorber tunggal di belakang. Sistem brek pula dilengkapi ciri Sistem Brek Kombi (CBS).

Yamaha masih belum mendedahkan harga bagi skuter terbaharu tersebut. – rideapart/motorbeam/autocar

Google ads
Back to top button