Motosikal

KTM FOKUS PEMASANGAN MOTOSIKAL DI FILIPINA

Jenama motosikal KTM sememangnya tidak asing lagi di pasaran Filipina. Pemasangan jentera seperti model KTM 390, Duke dan RC 200 sebenarnya sudah dijalankan di sana sejak tahun 2017 lagi.

Semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna tempatan, KTM kini dilapor ingin memfokuskan pengeluaran model 390 Adventure yang merupakan motorsikal entry-level bagi kelasnya.

Dijana oleh enjin satu selinder bersesaran 373cc, jentera itu mampu menghasilkan kuasa 44hp. Model itu juga hadir bersama chasis ringan, sistem suspensi sport yang lebih baik dan rim off-road.

Selain model ini, KTM 790 Duke juga akan dipasang di Filipina. Jentera baru seperti Vitpilen dan Svartpilen 401 pula bakal diperkenalkan bersama model-model lain pada masa depan.

Hampir 70 peratus motorsikal yang dipasang di Filipina kemudian dieksport ke negara-negara jiran.

KTM mengakui bahawa langkah tersebut merupakan salah satu strategi pemasaran global mereka. Strategi itu nyata membuahkan hasil apabila KTM berjaya memintas pesaingnya BMW di pasaran global.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button