Motosikal

SATU KEPUTUSAN YANG SUKAR UNTUK MENINGGALKAN KTM – JOHANN ZARCO

KTM membuat pengumuman yang mengejutkan berkenaan Johann Zarco yang akan meninggalkan pasukan factory KTM itu sebaik habis musim pertama mereka walaupun mempunyai baki kontrak setahun lagi. Ini bermakna KTM akan mempunyai kekosongan satu pelumba  berikutan gabungan yang tidak menjadi antara kedua pihak, Zarco dan KTM.

Untuk rekod, Zarco sebelum ini mempunyai catatan rekod yang agak baik dengan 6 kedudukan podium dan 4 kali merebut petak pertama sewaktu bersama dengan Tech3 Yamaha. Ia menjadikan beliau antara pelumba buruan pasukan ternama tetapi akhirnya memilih untuk menyertai KTM. Tapi nampaknya ia satu gabungan yang kurang menjadi dan Zarco hanya berjaya merebut kedudukan ke-10 dalam pusingan sebelum ini.

Selepas hanya mendapat tempat ke-12 di Red Bull Ring, Zarco membuat keputusan untuk tidak meneruskan kontrak bersama KTM untuk musim 2020.

Coretan Instagram Zarco menyatakan yang ianya satu keputusan yang sukar (untuk berpisah dengan KTM) dan beliau tidak akan berlumba dengan pasukan KTM Factory Racing untuk musim 2020. Beliau menyatakan yang memiliki kerjaya terbaik di dunia dan beliau ingin melengkapkannya dengan senyuman lebar di atas podium! Mana boleh tahan asyik cium asap motor lain je kan?

Tapi beliau memberi jaminan yang sebagai pelumba professional, beliau akan kekal fokus dan memberikan yang terbaik untuk pasukan sepanjang musim ini dan terus meningkatkan skil menunggang.

Dalam kenyatanan yang dikeluarkan oleh pihak KTM, mereka menyatakan yang keputusan tersebut berlaku akibat kegagalan Zarco beradaptasi dengan jentera RC16 mereka. Zarco mahu menggabungkan gaya menunggang beliau dengan jentera KTM dan para jurutera telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan jentera terbaik mengikut kehendal beliau. Tapi nampaknya usaha tersebut ternyata masih gagal membuahkan hasil.

Masa depan Zarco dalam MotoGP musim depan juga kelihatan masih kabur kerana tidak banyak kekosongan yang ada tetapi beliau masih mempunyai pilihan untuk menyertai perlumbaan WSBK yang masih mempunyai banyak kekosongan pelumba.

Malah pengganti Zarco dalam pasukan KTM dalam musim depan juga masih belum pasti. Mungkin KTM akan menaikkan pangkat Miguel Oliveira dari pasukan Tech3 ke pasukan KTM Factory ataupun tidak mustahil juga mereka mencari sumber dari luar. Malah bulan lepas juga pasukan Ted Bull KTM Tech3 sudahpun mengesahkan dua pelumba mereka untuk musim 2020, Miguel Oliveira dan Bard Binder dari Moto2.

Apa pun selamat berjaya diucapkan kepada Johann Zarco.   

BACA: “LAUNCH CONTROL ROSAK!”-HAFIZH

BACA: CHASIS KTM MEMANG TERUK! – ZARCO

BACA: MOTOR KTM LEBIH BANYAK MASALAH – ROSSI

BACA: KONTRAK HAFIZ DENGAN KTM TAK DISAMBUNG

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button