
SYM JET X 150 & JET 4 RX BAKAL LANCAR TAHUN DEPAN. MEMANG CUN SKUTER NI!!
Sempena pelancaran digital SYM Global baru-baru ini dengan tema ‘Limitless’, MForce Bike Holdings (MForce Bike) dan SYM Taiwan bersetuju untuk memperkenalkan dua model skuter baharu iaitu, Jet X 150 dan Jet 4 RX ke pasaran Malaysia.
Jet X 150 yang merupakan model utama untuk JET Series bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2021.
Manakala hasil evolusi skuter klasik SYM, Jet 4 RX pula bakal menemui pengguna tempatan pada suku kedua tahundepan.

Jet X 150 hadir dengan spesifikasi seperti sistem penghidup enjin tanpa kunci, enjin berkapasiti 149.6cc, tangki 7.5 liter dan meter digital LCD.
Skuter itu juga dilengkapi dengan empat pilihan warna yang akan diumumkan semasa pelancarannya tahun depan.

Jet 4 RX pula ialah jentera dengan enjin 124.6cc yang dilengkapi sistem suspensi belakang berkembar, paparan LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0 yang mengecaj jauh lebih pantas berbanding USB biasa.
Ia didatangkan bersama ciri Anti-Lift Engine Hanger System (ALEH) yang berfungsi menyeimbangkan berat/kuasa dengan berat untuk tungganganselesa.
Kedua-dua skuter itu kini sedang menjalani ujian ketahanan bagi mendapatkan kelulusan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- BACA: SYM VF3i 185 Pro DILANCARKAN. 3 WARNA BAHARU, 19.7HP, BREK ABS, RM9,338
- BACA: PERMINTAAN SYM VF3i 185 LE TINGGI. TAMBAH 5K UNIT LAGI SEHINGGA DISEMBER
- BACA: SYM VF3i 185cc EDISI TERHAD. 5,000 UNIT, KAPCAI ABS PERTAMA DI MALAYSIA, RM9,338 SAHAJA
- BACA: SEMBANG SANTAI – APA PASAL SEMPUT SANGAT NI SYM SPORT RIDER OI?