Motosikal

TAK TUKAR TAYAR KETIKA HUJAN LEBAT, BINDER UNGGUL TAWAN MOTOGP AUSTRIA

Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder menjuarai saingan MotoGP Austria, semalam, selepas memperjudikan nasibnya dengan tidak menukar tayar apabila hujan lebat pada pusingan terakhir.

Tidak seperti pencabarnya, Binder memilih kekal dengan tayar dengan permukaan licin dan kemahiran ternyata membantu tunggangannya di litar untuk memenangi kejuaraan keduanya dalam MotoGP.

“Kadang kala anda harus memperjudikan nasib sendiri dan hari ini ia berjaya dilakukan,” kata pelumba KTM itu.

Pelumba Itali, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) menukar jentera bagi cuaca basah dan melepasi enam pelumba pada pusingan terakhir ketika menduduki tempat kedua, menamatkan saingan 10 saat di belakang Binder.

Jorge Martin (Pramac Racing), yang memenangi Grand Prix Styrian minggu lalu di litar sama dan memulakan perlumbaan di petak utama, berada di tempat ketiga musim ini selepas turut menukar jentera pada pusingan terakhir.

Ketika hujan dengan berbaki empat pusingan daripada enam pelumba teratas – Bagnaia, Marc Marquez, Fabio Quartararo, Martin, Joan Mir – kelihatan bergelut untuk mengekalkan saingan di litar.

Binder, bagaimanapun memperjudikan nasibnya dengan kebolehan mengawal motosikal dalam keadaan litar basah ketika hujan.

“Saya mengharungi perlumbaan yang mengerikan sebelum mengambil keputusan untuk kekal di litar.

“Keadaan tayar agak membimbangkan, setiap kali saya brek ia menjadi hilang kawalan.

“Apabila mula hujan, saya rapat dengan kumpulan depan dan saya dapat lihat pelumba lain. Saya mengambil keputusan pada detik akhir untuk terus mencuba apabila melihat sekumpulan pelumba menunggang ke arah pits,” katanya.

Dia menambah mendahului dalam dua pusingan lebih awal tetapi di pusingan akhir keadaan tunggang lebih baik dan begitu juga tayar.

Binder mengakui tidak dapat berhenti. Tidak kira sesukar mana dia berusaha menambah kelajuan ia tidak memberikan kesan.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh tetapi ia tidak menghalang dirinya daripada mengekalkan ranking pendahulu kejuaraan dunia dari 40 ke 47 mata. – HM

Google ads
Back to top button