Modifikasi

TOYOTA CELICA OLDSKUL

Jujur cakap, saya tak sedar pun akan kewujudan kereta ini. Saya tak tau pun lampu depannya jenis flip dan kereta ini enjin asalnya 4AGE. Hanya Sabah yang mendedahkan kepada saya bahawa begitu banyak kereta Toyota yang belum diteroka. 

DSC_0284

Tidak pasti juga sama ada kereta ini pernah dipaparkan dalam mana-mana majalah. Tetapi sebaik sahaja melihat cara kereta ini diubahsuai, saya tahu satu perkara. Tuannya memang sayang sangat pada kereta ini.

DSC_0305

Kereta ini keluar pada tahun yang sama dengan Toyota AE86. Tahun 1983, selepas  dipasang di Aichi Jepun, ia dieksport ke Sabah dan dibeli oleh Chang. Pada masa itu, dia baru mula berniaga dan sibuk. Jadi, tak ada masa nak modifikasi kereta. Beli pun sebab inilah satu-satunya kereta sport Toyota yang menarik perhatiannya.

DSC_0298

Mungkin ramai yang tertanya-tanya  kenapa banyak kereta bagus di Sabah. Masa  awal tahun 1980-an dulu, Sabah kaya dengan ekonomi perladangan dan pembalakannya. Maka, ramai orang kaya yang beralih ke kereta Jepun yang cukup banyak dihasilkan pada waktu itu.

Mereka suka Toyota bukannya sekarang, tetapi sejak zaman Uji Rashid lagi. Sebab itu kereta pelik macam Toyota Publica pun boleh jumpa. Land Cruiser BJ dan LC asal jangan kiralah, bersepah-sepah.

DSC_0314

Sejak 10 tahun lalu, Chang sudah ada banyak masa apabila perniagaannya kini diuruskan oleh anak-anaknya. Mengenang kembali kereta yang dibeli 20 tahun lalu,  dia mengambil langkah merestorasi semula sebab kereta yang sudah dimamah usia.

Peringkat pertamanya ialah mengeluarkan enjin 4AGE daripada perut kereta dan overhaul sepenuhnya. Jarak perbatuan sudah hampir 400,000 kilometer. Padahal kereta ini bukannya berjalan ke mana pun.

DSC_0302

Sebelum dipasang semula, enjin ini disuapkan dengan sistem supercharge yang disalin daripada enjin 4AGZE Levin AE92. Kerja modifikasiny senang, salin semua bahagian yang bergerak. Apa yang tinggal cuma blok saja yang 4AGE punya.

Proses penyalinan juga melibatkan kerja-kerja pemadanan paip jenis stainless steel.  Selain daripada enjin yang menerima sistem induksi suapan terus, tiada modifikasi lanjut yang dibuat kecuali sistem ekzos dengan paip 2.5 inci, dua unit penyenyap dan sebuah muffler kedai potong. Ekzos kereta macam tak ada bunyi pun ada. Saya syak mungkin sebab Chang dah sampai ke tahap otai. Ekzos memekak bukan lagi menjadi pilihannya.

DSC_0308

Sebelum kuasa dihantar ke permukaan jalan, ia melalui kotak gear standard yang menerima set pelapik klac TRD. Tapi tak lama. Katanya sebab pressure platenya terlalu keras untuk kaki seorang otai.

Justeru, ia digantikan dengan pelapik klac dengan set pegas dan cover OEM Toyota. Tak ada lah teruk sangat, sedap je pandu kata Chang sambil memasukkan gear 1. Masa inilah saya baru perasan tombol gearnya memang rare, diperbuat daripada valve enjin lori.

DSC_0322

Sistem suspensi menampilkan set boleh laras TRD untuk gantungan depan dan belakangnya. Saya pun baru tau bahawa linkage bawah kereta ini hampir sama dengan AE86. Jadi banyak part kereta ini boleh ditukar pakai. Tak ada masalah langsung nak cari pad brek, bushing, bearing dan segala mak nenek part yang bersangkut-paut dengan undercarriage kereta ini.

Brek asal kereta dikekalkan, tetapi padnya digantikan dengan Bendiz Metal King. Rim Work ini saya tak ingat model apa, tapi sebenarnya bukan untuk kereta olskul. Tidak pasti macam mana Chang boleh dapat offset dan lebar yang cun untuk Celica ini. Kelengkapan seterusnya ialah tayar Champiro bersaiz 195/50 di depan dan 205/50 di belakang.

DSC_0299

Kalau semua benda dalam dunia boleh direstore dengan mudah, saya rasa main kereta oldskul takkan jadi mencabar. Apabila tak mencabar, tak seronok sebab ia bergantung pada duit.

Masa saya balik kampung dulu, jumpa seorang budak anak orang kaya yang kerjanya mengumpul aksesori oldskul macam rim, grill, bumper, side mirror yang harga pasarannya mengalahkan Pagani Zonda.

DSC_0310

Dari Yahoo auction sampai ke ebay dia cari barang. Sebenarnya saya tak respect pun kalau anda ada empat set Tosco sekalipun, kalau beli satu set RM10,000. Itu petanda orang berduit, bukannya orang yang minat. Faham?

Restorasi menyeluruh Celica ini susah kerana Chang terpaksa mengimport dan mencari satu persatu bahagian kereta yang dah mereput. Cari kelongsong aircond  sahaja makan bertahun baru jumpa semuanya.

DSC_0306

Bahagian dalaman dan bodypart kereta ini terawat dengan begitu baik sekali. Apabila saya tanya, kereta ini dah pencen untuk dipandu setiap hari. Ia hanya dipandu pada hujung minggu. Chang pun sebenarnya dipaksa oleh kawan saya untuk datang ke sesi fotografi ini.

Pendek kata, main kereta oldskul ada natijahnya yang tersendiri. Percaya atau tidak, kereta-kereta dengan spesifikasi macam ini harganya dah melonjak naik. Lagi lama simpan, lagi mahal harganya. Jangan bimbang, biar sampai RM50,000 sekalipun, ada yang mampu beli. Prospeknya ialah orang yang kumpul Tosco sampai empat set tadi. Ada faham sekarang?

[hr] Spesifikasi

Model: Toyota Celica / 1983

Enjin: 4AGE, convert supercharge, kit dari 4AGZE. Ekzos 2.5 inci, muffler kedai potong.

Transmisi: Manual 5 kelajuan, klac OEM.

Suspensi: TRD adjustable

Brek: Asal, pad Bendix

Rim: Work 15 inci

Tayar: Champiro

Depan: 195/50

Belakang: 205/50

Dalaman: Full restored Celica

Luaran: Fully restored

[hr] Galeri

DSC_0288DSC_0287DSC_0297DSC_0304DSC_0309DSC_0311DSC_0313DSC_0315DSC_0316DSC_0317DSC_0319DSC_0320DSC_0321DSC_0323 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button