Motosikal

ULTRAMAN X GRACSHAW – TOPI KELEDAR ULTRAMAN RASMI PERTAMA DI DUNIA. BELUM APA-APA DAH SOLD OUT!

Berita baik untuk peminat karekter adiwira dari Jepun, Ultraman. Ini kerana jenama topi keledar, Gracshaw telah menjalin kerjasama secara rasmi dengan pemegang hakcipta Ultraman, Tsuburaya Production Japan untuk menghasilkan topi keledar edisi terhad. 

Topi keledar itu didatangkan dalam tiga rekaan menarik melibatkan tiga watak iaitu Ultraman, Ultraman Taro dan Ultraman Tiga. Setiap rekaan tersebut terhad kepada 1,000 unit sahaja, lengkap dengan nombor siri.  

Jadi, siapa yang dapat memang rare lah.. Harus tahu bahawa ini merupakan topi keledar rasmi Ultraman yang pertama di dunia!

Harga pun mampu milik, cuma RM460 seunit dan ia mendapat kelulusan daripada Sirim.

Topi keledar yang dikenali sebagai Ultraman x Gracshaw berkenaan hadir dengan ciri double visor, double padding, dua kotak, kad sijil ketulenan, poster kad mini dan beg kain. 

Ia boleh didapati dalam saiz M (57-58cm), L (59-60cm), XL (61-62cm), 2XL (63-64cm) dan 3XL (65-66cm). 

Tampil menawan dengan skema warna merah, perak, biru dan hitam, ia mula dijual pada Isnin (5 September 2022). Sudah pasti, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. 

Antara yang menjual topi keledar Ultraman x Gracshaw itu ialah Kedai Penjual Helmet (KPH) yang berpangkalan di Teluk Panglima Garang, Selangor. 

Menjengah ke Facebook rasminya, KPH memberitahu pihaknya ada menyediakan sebanyak 60 unit untuk pelanggan yang walk-in ke kedai mereka. Seperti dijangka, semuanya habis dijual dalam masa yang singkat. 

Jualan yang dibuat di Shopee dan TikTok oleh KPH juga habis dengan begitu pantas. 

“Oiii.. macam tunggu beli iPhone, giler betul,” tulis Anthony Gracman di ruang komen Facebook. 

“Hmmmm dari pukul 12 sampai 12.03 aku loading siap tulis nama helmet asyik tak keluar, bila dah keluar tau tau dah sold out..,” kongsi Izzi Saruan.

“xdan aih nk beli laku deras…harap masuk lgi lah design Ultraman ni byk²..rmai beli,” kata Wan Seri. 

GALERI

Google ads
Back to top button