Buletin

MUSTANG CONVERTIBLE HELLO KITTY. SIAP ADA LAMPU PADA RIM

Biasanya, kereta kustom mencerminkan keperibadian si pemilik. Sama lah seperti Ford Mustang convertible yang bersifat ekstrovert, ceria dan unik ini.

Takiyah Middleton yang berasal dari Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat telah modifikasi Ford Mustang convertible tahun 2006 dengan tema Hello Kitty.

Wanita berusia 41 tahun ini memberitahu saluran YouTube Barcroft Cars, dua anak perempuannya menjadi sumber inspirasi di sebalik perubahan Mustang Hello Kitty tersebut.

Dia ingin anak-anak menjadi cool di sekolah. Justeru, menghantar mereka dengan Mustang bertemakan Hello Kitty boleh menjadikannya satu realiti.

Mustang Hello Kitty yang memiliki rim krom 26 inci itu jelas menarik perhatian orang ramai, terutama pada waktu malam. Ini rim tersebut akan bertukar warna dengan cahaya neon, sekali gus memberi efek dramatik untuk dilihat oleh pengguna jalan raya lain.

Bahagian kabin pula dipasang dengan skrin bersaiz 12 inci dan sistem audio. Menurut Middleton, dia mengambil masa lapan tahun untuk modifikasi Mustang itu dan akan mengambil lima tahun lagi bagi kerja-kerja penambahbaikan.

Apa yang menarik, kebanyakan kerja modifikasi dilakukan sendiri olehnya. Sama ada kita menyukai rekaan atau tidak. Usaha yang ditunjukkan oleh Middleton harus diberi pujian.

Sudah pasti Mustang Hello Kitty ini meraih perhatian orang ramai. Middleton telah menggunakan sebaik mungkin perhatian yang diberikan orang ramai dengan menubuhkan kelab Rychus Rydz.

Kelab kereta Middleton menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti menganjur kempen derma darah, menyumbang makanan dan pakaian kepada gelandangan.- motor1.

Google ads
Back to top button