Motosikal

APRILIA RISIK KAREL ABRAHAM UNTUK GANTIKAN ANDREA IANNONE

Nampaknya bekas pelumba pasukan Reale Avintia Ducati, Karel Abraham tidak sempat bersara lama apabila dia dilapor telah dirisik oleh pasukan Aprilia. 

Aprilia dikatakan menghubungi Abraham untuk mengantikan pelumbanya, Andrea Iannone yang bermungkinan besar akan terlepas sesi ujian di Sepang Februari depan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Iannone kini digantung sementara berikutan positif ujian doping melibatkan dadah anabolik steroid. 

Jika didapati bersalah, kerjaya Ianone dilihat bakal berakhir begitu sahaja dengan tragisnya. 

“Ya, saya ada menerima panggilan daripada Aprilia ketika sedang bercuti,” kata pelumba kelahiran Czech itu. Abraham sememangnya berharap untuk daoat terus bersaing dalam kelas premier selepas dia digugurkan oleh pasukan satelit Ducati yang memilih untuk mengambil Johann Zarco.

Aprilia sebenarnya mempunyai kontrak dengan Bradley Smith sebagi penunggang uji, tetapi pelumba Britain itu turut terlibat bersama pasukan Petronas dalam MotoE. Jadi, dia tidak boleh memberi komitmen sepanjang Grand Prix musim 2020. 

Memandangkan kes Iannone akan memakan masa lama untuk diselesaikan, Aprilia perlu mencari pengganti secepat mungkin. Abraham dilihat sebagai satu-satunya pelumba yang memiliki pengalaman bersaing dalam MotoGP dan masih tidak mempunyai pasukan. 

Jika semua mengikut perancangan bos pasukan Aprlia, Massimo Rivola, Abraham bakal menunggang jentera Aprilia RS-GP. 

Google ads
Back to top button