Motosikal

JENTERA YAMAHA KUASAI LITAR JEREZ. QUARTARARO JUARA LAGI. VINALES, ROSSI DI TEMPAT KE-2 DAN KE-3.

Ketiadaan kelibat juara dunia MotoGP, Marc Marquez yang cedera akibat terjatuh dalam pelumbaan minggu lalu memberi peluang Fabio Quartararo untuk sekali lagi menjuarai perlumbaan di litar Jerez, Sepanyol sebentar tadi.

Pelumba pasukan Yamaha Petronas SRT itu nyata tenang memimpin perlumbaan sejak awal lagi. Dia diikuti rapat oleh pelumba veteran Yamaha, Valentino Rossi yang berada di tempat ketiga selepas dipotong oleh Francesco Bagnaia.

Bagnaia yang mewakili pasukan satelit Ducati, Alma Pramac Racing Team dilihat sukar untuk memberi cabaran kepada Quartararo yang berada jauh di hadapan.   

Namun, penguasaan itu tidak bertahan lama kerana ketika perlumbaan hanya berbaki enam pusingan, jentera Bagnaia mula berasap dan dia terpaksa menghentikan saingan lebih awal.

Ini membolehkan tempat kedua kembali menjadi milik Rossi yang diikuti rapat oleh seorang lagi pelumba pasukan factory Yamaha, Maverick Vinales. Vinales akhirnya berjaya memintas Rossi di akhir perlumbaan, sekali gus membuatkan Rossi terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Ini merupakan antara pencapaian terbaik Rossi selepas beberapa musim bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Tempat keeempat dihuni oleh pelumba muda dari pasukan LCR Honda, Takaaki Nakagami.

Masalah teknikal jentera Yamaha nampaknya terus menghantui pelumbanya apabila Franco Morbidelli terpaksa menamatkan ketika berbaki 9 pusingan. Minggu lalu, masalah itu menimpa Rossi.

Google ads
Back to top button