Motosikal

KERBAU AMUK REMPUH SKUTER DI TENGAH BANDAR, CEDERAKAN 7 ORANG

Seorang wanita yang menunggang skuter berdepan detik cemas apabila dirempuh seekor kerbau melarikan diri di tengah bandar Yulin, Wilayah Guangxi, China.

Melalui rakaman video, wanita terbabit sedang menunggu di atas skuter di persimpangan sebelum dirempuh kerbau berkenaan.

Menurut laporan Daily Mail, akibat rempuhan itu, dia tercampak dari skuter di hadapan penunggang motosikal lain dan pegawai trafik.

Haiwan tersebut telah melarikan diri selepas merempuh skuter dan mencederakan tujuh orang lagi.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pihak berkuasa telah mendapatkan pemilik kerbau dan pemandu lori yang membawa haiwan tersebut.

Sisatan terperinci berhubung kejadian masih dijalankan pihak polis. – DailyMail

Google ads
Back to top button