
YAMAHA INDONESIA PERKENAL DUA WARNA BAHARU NMAX 155. MATTE GREEN DAN METALLIC RED
Yamaha Indonesia Motor memperkenalkan dua warna baharu bagi model terbaharu NMAX 155 di pasaran negara terbabit.
Dua warna berkenaan ialah hijau (Matte Green) dan merah (Metallic Red).
Model terbaharu itu menawarkan tiga varian pada harga bermula:-
- NMAX 155 Connected versi ABS – Rp 34,800.000 (RM10,119)
- NMAX 155 Connected versi Standard Upgrade – Rp 31.950.000 (RM RM9,291)
- NMAX 155 Standard – Rp 30.700.000 (RM8,927)

Motosikal berwarna hijau (Matte Green) ditawarkan pada kesemua varian dengan rekaan premium dipadankan warna hitam.
Ia turut hadir dengan rim berwarna emas menyerlahkan lagi sisi mewah motosikal tersebut.
Bagi warna merah (Mettalic Red) pula, ia boleh didapati pada semua varian NMAX 155 Standard dan Connected (Standard Upgrade).

Ia menggantikan warna merah matte yang digunakan pada model terdahulu untuk menampilkan gaya sporty dan maskulin.
Selain pilihan warna baharu, sentuhan lebih segar ditawarkan untuk model baharu NMAX 155 berwarna biru.
Pilihan warna baharu berkenaan dijangka mampu menarik lebih ramai penggemar jentera roda dua untuk memiliki jenama Yamaha. – Yamaha Indonesia







