Motosikal

METACYCLE MOTOSIKAL ELEKTRIK FUTURISTIK

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Sondors cukup sinonim dengan pembangunan basikal elektrik mampu milik.

Terbaharu, Sondors memperkenalkan produk motosikal elektrik pertama dikenali sebagai Metacycle di Los Angeles, California.

Dengan menampilkan rekaan minimalis, Metacyle yang memiliki kerangka yang ringan dan kecil amat sesuai digunakan di kawasan bandar.

Jentera dibangunkan menggunakan aluminium itu, didatangkan dengan berat 90.7 kg sahaja.

Metacyle yang dilengkapi bateri 8 kWh malah kuasa pncak boleh mencecah 14.5 kWh mudah dicabut untuk memberi keselesaan kepada pengguna mengecas di mana-mana sahaja.

Ia mampu bergerak sehingga 129 km dalam sekali cas dan berupaya memecut sehingga mencecah 80 km/j. Cukuplah kalau hendak bawa di dalam kawasan bandar kan.

Jentera terbaharu itu dijual pada harga AS$5,000 (RM20,182) ketika hari pelancaran tersebut.

Bagaimanapun, tiada tarikh lagi bila ia akan ditawarkan pada pasaran.

Mereka yang berminat masih boleh membuat pra tempahan untuk Metcycle berkenaan. – autoevolution

Google ads
Back to top button