,
Motosikal

ULTRAMAN Y15ZR EDISI TERHAD – 100 UNIT SAHAJA, RM12,688

Anda kini boleh memiliki sebuah Yamaha Y15ZR edisi terhad yang dikenali sebagai Ultraman Y15ZR. 

Merupakan hasil kerjasama di antara Taigaco Sdn. Bhd. (Taigaco) dan Welly Assorted Sdn. Bhd. (Welly) motosikal itu terhad kepada 100 unit sahaja.

Taigaco ialah agen perlesenan untuk karekter Ultraman klasik original di Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Brunei. 

Eksklusif di Welly, pelanggan boleh memiliki Ultraman Y15ZR pada harga RM12,688 dan mereka boleh mendaftar nombor kegemaran mereka (001 hingga 100).

Pembiayaan pula ditawarkan sehingga 90 peratus dengan faedah serendah 0.65 peratus daripada AEON.

Ultraman Y15ZR tampil dengan rekaan semburan angin (airbrush) sepenuhnya, emblem edisi terhad, tuil brek dan klac Rapido, penutup enjin Yamaha serta penutup radiator Y15ZR.

Harus tahu bahawa projek Ultraman Y15ZR eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja. 

Pembeli juga akan menerima sijil ketulenan, emblem edisi terhad tambahan, kemeja-t Ultraman edisi terhad, poskad Ultraman dan foto belakang tabir yang eksklusif.

Pra-tempahan sudah dibuka sekarang dengan penghantaran batch pertama dijangka bermula Julai depan. 

Hah.. tunggu apa lagi? Ultraman ni kot.. Bukan main-main ni…

Tags
Google ads
Back to top button