Motosikal

“MANA ADA GANTI ROSSI LAGI” – QUARTARARO

Pelumba sensasi pasukan Yamaha SRT, Fabio Quartararo mahu membuang tanggapan bahawa dia merupakan pengganti Valentino Rossi, biarpun selepas menandatangani kontrak untuk musim 2021 dan 2022 dengan pasukan factory Yamaha itu. 

Rookie of the Year 2019 tersebut bakal bergandingan dengan Maverick Vinales, menyebabkan Rossi sudah tiada tempat dalam pasukan berkenaan selepas musim 2020 tamat.

Walau bagaimanapun, Rossi masih akan menerima sokongan penuh daripada factory Yamaha sekiranya dia mengambil keputusan untuk terus berlumba pada tahun 2021. 

Rossi mungkin dipindahkan ke pasukan Petronas Yamaha, namun sebarang perubahan akhir akan dibuat oleh Yamaha bila tiba masanya nanti. 

Bukan mudah untuk menjadi individu yang disebut sebagai pengganti juara dunia sembilan kali dan ikon MotoGP. Tetapi Quartararo bersikap merendah diri dan enggan melihat dirinya sebagai satu-satunya pengganti Rossi. 

“Saya rasa saya masih belum menggantikan dia lagi. Cuma saya rasa telah melakukan perkara yang betul untuk layak berada dalam pasukan factory Yamaha. Lagipun, Rossi masih belum bersara,” katanya. 

Quatararo sebaliknya memberitahu dia mahu fokus dengan musim perlumbaan 2020 bersama pasukan Yamaha SRT.

Walaupun mahu memperbaiki keputusan tujuh podium dan enam kedudukan pole musim lalu, pelumba Perancis itu masih bersedia untuk merebut gelaran juara dunia pada tahun ini. 

“Sepanjang tahun lalu, saya banyak belajar daripada pelumba-pelumba lain. Jadi, saya ada lebih banyak pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Sasaran saya adalah untuk menamatkan perlumbaan di podium sebanyak mungkin,” jelas Quartararo. 

Ketua pasukan Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali sememangnya gembira dengan pencapaian pelumba muda itu dan menyifatkan pemilihan Quararo ke pasukan factory Yamaha sebagai satu perkembangan biasa. 

kredit foto: motogp.com

Tags
Google ads
Back to top button